"Conservation and Heritage is not about putting everything back into a sparking new shell but acknowledging the layers of history that have come to define a space."

Ng Sek San, d+a,issue 070. 2012.

1872 - 2016 : 144 TAHUN Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) Siri 1 #10Fakta Ringkas : Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur


Sumber : Arkib Negara

1. Pembinaan bermula 3 September 1894.

2. Siap dibina pada 4 April 1897 dan dirasmikan oleh Sir Frank Swettenham. Bangunan ini dinamakan Sultan Abdul Samad bersempena nama Sultan Selangor ketika itu.

3. Direkabentuk oleh Public Works Department (PWD).



4. Idea perekabentuk asal oleh Charles Edwin Spooner.

5. Walaubagaimanapun rekabentuk ditukar kerana terlalu mahal.

6. Tugas diserahkan kepada A.C Norman tetapi idea rekabentuk ditolak oleh Spooner.

7. Spooner mengarahkan R.A.J Bidwell dan pembantu Arkitek A.B. Hubback meneruskan rekabentuk.

8. 4 juta batu bata digunakan untuk membina bangunan ini. Kilang batu bata diwujudkan di Brickfields.

9. Bangunan pernah digunakan sebagai pejabat pentadbiran British (FMS), mahkamah, pejabat Kementerian Pelancongan dan kini pejabat Jabatan Warisan Negara.

10. Diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 2007 dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.




KEYWORDS:

#144tahunjkr
#jabatankerjaraya
#jasakepadarakyat

Oleh Saiful F Ramli

No comments:

Post a Comment