"Conservation and Heritage is not about putting everything back into a sparking new shell but acknowledging the layers of history that have come to define a space."

Ng Sek San, d+a,issue 070. 2012.

1872 - 2016 : 144 TAHUN Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )


JASA KEPADA RAKYAT


Pengenalan

1. Umum mengetahui JKR (PWD) merupakan agensi teknikal terbesar di Malaysia dan antara yang terawal ditubuhkan.

2. Peranannya dalam industri pembinaan tidak dapat dinafikan.

3. Penulisan catatan bersiri ini menghimpunkan beberapa koleksi bangunan yang telah direkabentuk/dibina oleh JKR (dahulu PWD).



4. Merupakan penulisan/catatan peribadi yang telah diringkaskan hasil dari penyelidikan bebas (independent research), ceramah, seminar, conference dan lawatan yang telah dilalui.

5. Kandungan bersiri dihahagikan kepada 3 bahagian iaitu zaman sebelum merdeka (1894-1956), pasca merdeka (1957-1980an) dan era kini (1990 - 2000an).

6. Objektif catatan adalah untuk berkongsi pengetahuan bersama semua pihak bagi memupuk semangat kenegaraan dan menyelami idea dan falsafah rekabentuk di negara Malaysia.

7. Mengambil konsep #10Fakta ringkas memudahkan semua golongan iaitu kanak-kanak hinggalah dewasa untuk membaca dan mengetahui serta mendapat maklumat yang mudah difahami dan cepat.

8. Menyampaikan kesedaran dan keperihatinan semua pihak terhadap pentingnya memelihara dan mengurus aset/bangunan supaya kekal pada masa hadapan.

9. Dengan adanya catatan ringkas ini ianya dapat di dokumentasikan supaya menjadi alternatif rujukan di semua peringkat.

10. Semoga dapat dimenafaat dengan sebaik mungkin. Insyallah.

Oleh : Saiful F Ramli

KEYWORDS:
#144tahunjkr
#jabatankerjaraya
#jasakepadarakyat

No comments:

Post a Comment