"Conservation and Heritage is not about putting everything back into a sparking new shell but acknowledging the layers of history that have come to define a space."

Ng Sek San, d+a,issue 070. 2012.

Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia


Garis panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan disediakan sebagai panduan untuk pelaksanaan kerja pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia. Penyediaan garis panduan ini merujuk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan garis panduan pemuliharaan diperingkat antarabangsa iaitu United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dan piagam‐piagam di bawah International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) seperti Piagam Piagam Burra, Australia 1999 (Charter for the Conservation of Places of Cultural Significance). Rujukan garis panduan UNESCO dan ICOMOS dalam garis panduan ini lebih kepada prinsip pemuliharaan bangunan. Selain daripada Akta 645 dan garis panduan antarabangsa, penyediaan garis panduan ini juga berasaskan amalan pemuliharaan bangunan warisan yang dilaksanakan oleh JWN. Dengan adanya garis panduan ini, semua aktiviti dan kerja yang berkaitan
dengan pemuliharaan bangunan warisan mestilah mematuhi prinsip dan prosidur yang terkandung dalam garis panduan serta mendapat kelulusan Jabatan Warisan Negara.


Kandungan garis panduan terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu:
Bahagian I: Pengenalan
Bahagian II: Prinsip dan Proses Pemuliharaan
Bahagian III: Garis panduan Dokumentasi
Bahagian IV: Garis panduan Pemuliharaan

Bahagian pertama garis panduan memberi tafsiran dan maksud warisan serta perkara‐perkara yang berkaitan dengan warisan ketara, konsep dan pendekatan pemuliharaan. Pendekatan pemuliharaan dalam garis panduan ini adalah merujuk kepada Bahagian I, seksyen 2, Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Bahagian pertama juga menekankan perkara dan peruntukan Akta 645 mengenai tapak warisan. Bahagian ke dua menjelaskan prinsip dan proses pemuliharaan. Ia merupakan aspek penting serta disiplin utama dalam kerja‐kerja pemuliharaan bangunan warisan. Prinsip pemuliharaan merupakan perkara‐perkara yang dibolehkan dan tidak dibolehkan, dan ia merupakan panduan‐panduan bagaimana memulihara bangunan warisan.

Bahagian ke tiga menjelaskan peringkat‐peringkat dalam dokumentasi bangunan, kaedah dan komponen dokumentasi. Bahagian ke empat memberi panduan pemuliharaan bangunan warisan. Garis panduan pemuliharaan di bahagian ini menjelaskan prinsip pemuliharaan untuk bahagian dan elemen bangunan. Garis panduan ini tidak menghurai secara khusus rawatan bagi setiap kecacatan yang dialami bangunan. Oleh itu seorang pemulihara atau Konservator adalah diperlukan untuk menyediakan kaedah pemuliharaan atau tatacara yang khusus bagi setiap skop kerja pemuliharaan bangunan warisan. (Jabatan Warisan Negara, 2012, pp.1-2).

Reference:
Jabatan Warisan Negara. (2012). Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan. Kuala Lumpur: JWN.

No comments:

Post a Comment